Identiti 34 Rakyat Malaysia Sertai ISIS Dikenal Pasti

Petaling Jaya – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata seramai 34 identiti rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) telah dikenalpasti, termasuk lima yang telah terbunuh.

Katanya, pihak berkuasa masih memantau laluan yang diambil ISIS untuk membawa masuk rekrut baru ke negara Timur Tengah dan memantau kemungkinan berlaku transaksi wang kepada ISIS oleh penyokongnya di Malaysia.

“Malaysia bekerjasama dengan Interpol dan agensi penyiasatan lain bagi memastikan tidak ada rakyat kita yang menyertai ISIS.

“Malaysia ialah negara Islam sederhana yang tidak menggalakkan aktiviti militan,” katanya menerusi BNBBC.

Tambah Zahid Bahagian ‘Counter Terrorism’, cawangan khas Bukit Aman mengesahkan 22 rakyat Malaysia terlibat dengan ISIS berdasarkan hasil daripada maklumat risikan.

Setakat ini, bekas ketua penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin, Mohammad Fadhlan Mohammad Khir, 21, Zainan Harith, 52, dan pekerja kilang Ahmad Tarmimi Maliki, 26, dilaporkan terbunuh di Syria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.