GMM Nafi Terlibat Diskusi Meja Bulat IRF

Kuala Lumpur – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menafikan terlibat dengan penganjuran diskusi meja bulat anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) bertajuk ‘Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini’ pada 18 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif GMM Datuk Saifuddin Abdullah berkata kekeliruan berhubung penglibatan GMM dengan diskusi itu timbul selepas IRF mengiklankan program tersebut tanpa pengetahuan pihak GMM.

“GMM tidak terlibat, sejak awal dengan program tersebut. Kami bukan penganjur bersama.

“Penganjurnya IRF ingin menggunakan premis kami tetapi kami tidak menyediakannya kerana kami menganjurkan bengkel media pada tarikh dan masa yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Saifuddin berkata pihaknya juga memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung perkara itu.

Diskusi meja bulat anjuran IRF yang akan diadakan di Bukit Damansara bertujuan membincangkan soal fundamentalisme tentang agama melibatkan seorang tokoh liberal luar negara.

Ia bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk Jakim yang menjelaskan Malaysia berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tahun 1996.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.