29 Babak Berunsur Prejudis, Tidak Sahih Dan Fitnah Terhadap Arwah Bapa Saya – Adlin Aman Ramli

Kuala Lumpur – Pelakon Adlin Aman Ramli, 41, memberitahu terdapat 29 perkara atau adegan yang dipaparkan di dalam telefilem ‘Saloma Biopic’ (bahagian 1 dan 2), yang mengaitkan tentang kisah bapanya Allahyarham A.R Tompel disifatkan berunsur tohmahan, fitnah menjatuhkan maruah sekaligus memberikan    persepsi yang buruk terhadap imej seniman itu

Bercakap dalam satu sidang media khas waris-waris Allahyarham AR Tompel berhubung telefilem tersebut, Adlin bagaimanapun berkata perkara-perkara tersebut tidak akan didedahkan buat masa ini. Namun beliau serta ahli keluarga lain bertegas mahu tayangan telefilem arahan Melissa Saila itu dihentikan serta-merta.

“Setelah berbulan-bulan notis yang kami hantar tidak diendahkan oleh pihak Astro, jadi tujuan sidang media ini diadakan hari ini bagi mendapatkan perhatian mereka.

“Berdasarkan penelitian saya, ada 29 babak dan perkara dari segi konteks penulisan dan pengarahan berunsur prejudis, fakta yang tidak pasti kesahihannya, tohmahan dan fitnah terhadap arwah bapa saya dipaparkan dalam telefilem itu.

Ia sangat menyinggung perasaan kami sebagai anak-anak dan waris arwah. Sekaligus ia juga memberi impak psikologi kepada kami. Jadi kami bertegas mahu pihak Astro menghentikan tayangan telefilem itu”, katanya pada sidang media yang diadakan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), semalam.

Turut hadir bekas isteri Allahyarham yang juga merupakan ibu Adlin iaitu Ruminah Sidek (Mak Mah), dua abang-abang Adlin iaitu AR Badul dan Amran Tompel, peguam dari Azam & Co, Mohd Khairul Azam Aziz, Bekas Penasihat Karyawan Datuk Zainal serta beberapa waris dan ahli keluarga.

Tambah Adlin lagi, setakat ini pihaknya tidak akan mengambil tindakan saman terhadap stesen tersebut. Tetapi sekiranya pihak Astro mahu membawa pekara itu ke mahkamah dan dengan cara itu saja usaha untuk menghentikan telefilem itu hanya dapat dilakukan pihaknya tidak teragak-agak untuk membawa hal itu ke peringkat undang-undang.

“Buat masa ini kami tidak fikir atau menyebut soal saman. Tetapi jika mahu membawa perkara ini ke mahkamah dan kalau itu lah saja saja caranya untuk menghentikan tayangan tersebut, kami tidak teRagak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat undang-undang.

Demi maruah ayah kami akan tegakkan kebenaran. Menang atau kalah, itu perkara lain. Yang penting arwah ayah kami tidak terus dieksploitasi. Kami hanya mahu hak kami”, katanya dengan nada tegas.

Kesal dan terkilan dengan hal tersebut, Adlin juga menyifatkan penulisan dan pengarahan biopic itu juga sebagai tidak bermoral,  tidak bertanggungjawab dan melulu.

“Bagi saya, penulis skrip, pengarah, penerbit eksekutif dan penerbit telefilem ini terlalu ghairah membawa projek khas mereka ini untuk tontonan umum sehingga mereka lupa AR Tompel bukanlah sebatang kara, bukan tidak berzuriat, bukan beliau tak ada reputasi, bukan beliau tak diiktiraf. Allahyarham juga banyak menyumbang kepada industri perfileman tanah air.

“Apa yang kami kesalkan, keadaan yang berlaku sekarang. Bertapa tidak bermoral, tak bertanggungjawab dan tak berakidahnya mereka. Dalam 29 adegan yang telah saya teliti itu, ada niat tersirat dari segi aspek penulisan skrip, dari segi pengarah dan bagaimana mereka potreykan subjek (iaitu AR Tompel) dan terjemahkan kepada bentuk gambar hanya berdasar sumber tunggal”, ujarnya.

Dedahnya lagi, beberapa bulan sebelum penggambaran dijalankan, dia ada menghubungi pihak Astro berhubung tentang projek tersebut. Namun pihak penerbit seperti tidak memerlukan bantuan daridapa pihaknya untuk menjayakan karya tersebut. Bagaimanapun, dia ada diundang oleh penulis skrip telefilem itu untuk sesi preview, namum pihak penulis skrip membatalkan sesi previu tersebut di saat akhir.

“Sebelum penggambaran lagi, kami sudah mengambil berat tentang projek yang mereka mahu jayakan ini tetapi hak kami seperti diketepikan. Dan saya juga sebenarnya ada diundang oleh Megat Fauzi (penulis skrip) untuk sesi previu tapi sesi tersebut dibatalkan oleh pihaknya. Saya tak tahu apa masalahnya.

“Malah bekas isteri Armali (Armali ialah anak hasil perkahwinan Saloma dan AR. Tompel) ada diundang untuk tayangan previu, tetapi saya difahamkan ia bukan tayangan penuh dan tidak pula ada adegan-adegan seperti yang dipertontonka pada umum sekarang”, katanya.

Sementara itu, peguam yang mengendalikan kes berkenaan, Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz, pihaknya juga telah menerima makluman balas mengenai tuntutan anak guamnya daripada Astro pada 8 Oktober.

“Saya baru saja menerima surat maklum balas mengenai notis tuntutan yang pihak kami hantar pada 26 September lalu. Tapi buat masa ini saya tidak boleh dedahkan kandungan makluman balas surat tersebut. Kami perlu meneliti makluman itu dari pelbagai sudut perundangan,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.