Sokongan terhadap Rafizi satu pembohongan

SHAH ALAM – Sokongan yang disuarakan oleh calon Ketua AMK Cabang Seremban terhadap Rafizi Ramli sebagai calon Timbalan Presiden PKR  disifatkan sebagai pembohongan dan fitnah semata-mata. 

Berdasarkan kenyataan media oleh calon Ketua AMK Cabang Kuala Pilah, Saudara Nor Adzri Adzuril Osman dan Tampin, Saudara Mohd Azrun Abd.Rahman, pendirian Husnul Hafiz Abu Bakar tidak menggambarkan fakta yang sebenar. 

“Kenyataan Saudara Husnul Hafiz Abu Bakar tersebut tidak merujuk kepada kami terlebih dahulu selaku  calon tunggal  ketua AMK yang bertanding di Cabang Kuala Pilah dan Cabang Tampin. 

“Kami melihat kenyataan ini cukup dangkal dan terdesak serta tidak berasaskan kepada fakta sebenar,” kata kenyataan itu. 

Tambah mereka ia jelas strategi politik murahan menjelang pemilihan parti itu. 

“Kenyataan ini juga menggambarkan sikap politik murahan  demi meraih perhatian dan sokongan akar umbi buat saudara Rafizi Ramli.

“Jelas sekali saudara Husnul Hafiz bin Abu Bakar berbohong dan tidak mempunyai intergriti sebagai seorang calon ketua AMK Cabang. Budaya kempen fitnah dan pembohongan seperti ini wajar ditolak oleh anggota parti khususnya dikalangan anggota AMK,” tambah kenyataan itu. 

Tiga hari yang lalu, Husnul yang mewakili kumpulan yang menyatakan sokongan kepada Rafizi menyatakan keyakinan terhadap kredibiliti, sumbangan dan pencapaian terhadap Rafizi untuk mencabar Azmin. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.