Selepas 20 Tahun, Bekas Exco AMK Kembali Sertai UMNO

KUALA LUMPUR — Bekas presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) menyertai Umno selepas meninggalkan parti tersebut 20 tahun lalu.

Zamil Ibrahim menyerahkan borang keahlian kepada ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Nor Adam hari ini, lapor Utusan Online.

Pada sidang media, Zamil berbuat demikian bagi memperjuang kepentingan orang Melayu yang disifatkannya dalam “persimpangan yang amat genting”.

“Sedikit pengalaman ketika saya bersama PKR dahulu di peringkat negeri Kedah mahupun di peringkat pusat akan saya gunakan semasa berada dalam Umno selepas ini,” kata bekas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.