Selangor Dahului Kes Denggi

PUTRAJAYA: Sebanyak 51,307 kes denggi dilaporkan di seluruh negara sejak Januari lalu hingga semalam, dengan Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 29,205 kes.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah kes kedua tertinggi direkodkan di Kuala Lumpur (4,704) diikuti Johor (3,939), Pulau Pinang (3,464), Sabah (2,247) dan Perak, 2,021 kes.

“Selain itu, sebanyak 29 kes kematian dicatatkan bermula 1 Januari hingga 1 September lalu,” katanya.

Jumlah terkumpul kes denggi berkenaan dipaparkan menerusi laman web rasmi iDengue yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan, Pusat Kesediaan Krisis dan Tindak Balas (CPRC) Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, media melaporkan, Kementerian Kesihatan akan meneruskan kajian mengenai vaksin Dengvaxia yang dikatakan mampu mencegah virus denggi sebelum diguna pakai pengamal perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dilaporkan berkata, tiga perkara akan dititikberatkan sebelum vaksin baharu itu didaftarkan iaitu aspek keselamatan, keberkesanan dan kos dari segi ekonomi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.