Perakam bawah skirt diikat jamin lepas dipecat

SHAH ALAM – Pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jaman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek yang ditahan pagi Ahad telah dibebaskan kira-kira pukul 10 malam tadi.

“Suspek berusia 47 tahun ditahan 1 tengahari semalam untuk mengambil keterangan.

“Setelah selesai diambil keterangan dia dibebaskan dengan jaminan polis 10 malam (semalam),” kata dipetik sebagai berkata. 

Kelmarin suspek dilaporkan telah dipecat oleh kementerian terbabit selepas didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas Sri Hartamas.

Suspek telah ditahan polis bagi membantu polis mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Azis memecat pegawai tersebut serta-merta selepas mangsa membuat laporan polis.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.