Nabil bakal timang anak ketiga

SHAH ALAM – Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, bakal menimang anak ketiga setelah isterinya Nazirah Ayub atau Zira disahkan kini hamil lima minggu.

Nabil yang mengakui teruja dengan berita gembira itu berkata dia dan isteri kini bersedia untuk menerima orang baru dalam keluarga mereka berikutan kedua-dua puteri mereka sudah pun besar/

“Jika diikutkan perancangan keluarga, kami mahu jarakkan anak setiap dua tahun. Dua anak pertama kami pun sudah besar, jadi rezeki cukup bermakna Allah berikan ini dikira tiba pada masa sangat sesuai.

“Alhamdulillah, selepas isteri membuat pemeriksaan doktor semalam, kandungannya sudah mencecah lima minggu,” katanya kepada BH Online.

Nabil terdahulu menerusi Instagramnya berkongsi berita itu dalam masa yang sama memuat naik gambar bersama isteri dan dua anak perempuannya sambil memegang gambar imbasan kehamilan.

Nabil dalam pada itu menyuarakan harapannya agar kali ini dikurniakan anak lelaki setelah memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla,6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.