Khir Toyo sertai dan taja PPBM?

SHAH ALAM –  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos me dakwa bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Malah beiau dipetik sebagai berkata, Mohamad Khir Toyo bertanggungjawab menaja PPBM Bahagian Tanjung Karang. 

“Mantan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Dr Mohamad Khir Toyo, saya harap berita yang saya dapat anda menjadi penaja PPBM di Tanjung Karang adalah berita tidak benar walaupun ada gambar-gambarnya.

“Walaupun saya dapat borang keahlian beliau, tetapi saya tetap menyimpan salinan borang tersebut selagi beliau belum isytihar, mungkin beliau sudah isi, tapi hati itu masih berbelah bahagi.

“Saya mendoakan beliau tetap dalam perjuangan UMNO kerana UMNO adalah parti yang betul,” katanya pada sidang media khas hari ini di Ampang.

Jamal sehubungan itu menyuarakan kebimbangannya menerusi perkembangan tersebut. 

Namun beliau enggan mendedahkan salinan borang keahlian Khir kepada pihak media kerana berharap bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu masih teguh dalam perjuangan UMNO.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.