Cheryl Samad kembali selepas 10 tahun menyepi

SHAH ALAM – Pengacara Muzik-muzik Cheryl Samad akhirnya bakal menghiasi kaca televisyen selepas 10 tahun menyepi.

Cheryl kali ini akan muncul dalam drama Viu Original, The Bridge, Cheryl sebagai isteri kepada watak Bront Palarae yang merupakan seorang detektif.

“Selepas agak lama saya tidak berlakon, saya akui sedikit janggal untuk beraksi di hadapan kamera. Bayangkan 10 tahun saya tinggalkan semua ini. Tapi Alhamdulillah, saya hanya berasa sedemikian pada hari pertama penggambaran dan kemudian pada hari-hari yang lain saya dah kembali mendapat rentak,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini mengakui teruja untuk kembali berlakon setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke set penggambaran.

Menafikan menghilangkan diri, pengacara kecil molek itu mengakui lebih senang mengambil tawaran kerja yang melibatkan pengacaraan sahaja kerana ia tidak memerlukan komitmen masa yang lama seperti bidang lakonan kerana kini ibu kepada dua orang anak.

“Saya sebenarnya masih aktif sebagai pengacara di majlis-majlis tertutup. Kalau bidang lakonan itu memang saya tidak ambil keran tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk mengikut jadual saya yang perlu menjaga anak-anak.

“Sekarang anak-anak pun dah besar sikit, jadi bolehlah saya kembali berlakon. Suami pun beri lampu hijau untuk saya berlakon balik, dia tidak menghalang,” tambahnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.