Bekas ketua audit negara sedia jadi saksi siasatan semula 1MDB

SHAH ALAM – Bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang bersedia menjadi saksi siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baharu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara di Kementerian Kewangan, Ambrin berkata berkata Laporan Ketua Audit Negara boleh digunakan sebagai bukti asas 1MDB.

“Kita punya laporan (Laporan Ketua Audit Negara) itu juga telah digunakan sebagai asas kepada siasatan lanjut (skandal 1MDB). Kalau kerajaan bawa kes ke mahkamah dan saya dipanggil menjadi saksi, saya akan bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan ambang Maal Hijrah 1440 Selangor di sini pada Isnin.

Untuk rekod, pada Ogos lalu telah, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul supaya Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB serta syarikat berkaitan dengannya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.