Tun M takkan biar Anwar menang PRK

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangkakan bakal tewas jika bertandingan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Adam.

Ini kerana beliau mendakwa Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad akan mengatur strategi untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri yang seterusnya walaupun perjanjian di antara mereka sudah dibuat sebelum ini. 

“Ini kerana kerajaan baharu selepas memerintah 120 hari tidak ada sebarang pendakwaan terhadap segala fitnah dan dakwaan tersebut dan rakyat ternyata dikencing kuat dan ditipu Pakatan Harapan.

“60 janji dalam lima tahun tetapi 10 janji asas manifesto mereka juga dikencingkan selepas 100 hari.

“Maka dengan keadaan rakyat marah apa yang berlaku ke atas hak keistimewaa orang Melayu oleh kerajaan baharu, saya rasa Anwar akan kalah kalau bertanding di kawasan sendiri (Permatang Pauh),” katanya dalam sidang media di Menara Datuk Onn PWTC hari ini.

Selain faktor janji-janji Pakatan Harapan yang sehingga kini masih belum ditunaikan dalam masa yang sama isu dana politik yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Najib Razib nyata fitnah semata-mata. 

Tambah Lokman, beliau setuju dengan Ahli Parlimen UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Rezal Merican Naina Merican bahawa Anwar mungkin kalah di tempat sendiri.

“Bagi saya dalam keadaan semasa kalau Anwar bertanding mesti kalah, ini pasti kerana kalau BN, Pas atau UMNO tidak letak calon, saya yakin Tun M akan tolong letak calon di sana.

“Sebab DR Mahathir akan berusaha bersungguh-sungguh memastikan Anwar tidak akan menjadi PM.

“Kalau Tun M gagal sekat Anwar jadi PM, sebaik sahaja Anwar angkat sumpah sebagai wakil rakyat itu adalah detik bermulanya kehancuran Pakatan Harapan,” tegasnya.-SuaraTv

One thought on “Tun M takkan biar Anwar menang PRK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.