Warga Emas Ditemui Meninggal, Hanya Tinggal Tulang Dalam Rumahnya

Penemuan jasad seorang nenek Mulyati, yang berusia 59 tahun telah menjadi buah mulut jiran tertangga di Dusun Cabean, Desa Ngraji, Kecamatan Purwodadi, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah.

Ini kerana warga emas yang mengalami gangguan mental itu dijumpai di rumahnya dalam keadaan menyedihkan. Seluruh badan menjadi kurus kering dan hanya tinggal tulang.

Berdasarkan maklumat, mayat nenek Mulyati pertama kali ditemui oleh jirannya, Margono. Pada ketika itu, Margono mahu memasang pagar yang terletak bersempadan dengan rumah mangsa.

Margono kemudian berhasrat mahu meminjam cangkul nenek Mulyati untuk tujuan menggali tanah bagi pemasangan tiang. Dia berulang kali memanggil Mulyati, tetapi tidak ada tindak balas.

Dia cuba masuk ke dalam rumah nenek Mulyati dan sangat terkejut apabila tatkala pintu ditolak, Margono melihat jenazah kerangka tulang dengan bau busuk.

Kedudukan mayat terlentang dan beberapa pakaian kain masih berada ditubuhnya. Margono keluar rumah untuk memaklumkan kepada jiran-jirannya termasuk menghubungi seorang anak mangsa yang bernama Suparjo yang tinggal di kampung berdekatan.

“Setelah anaknya datang, kejadian itu lalu dilaporkan pada pihak polis pada Sabtu. Jasadnya mengering dan hanya tinggal rangka,” kata polis.

Siasatan polis tidak menemui unsur-unsur penganiayaan pada fizikal mangsa.

Mangsa dianggarkan telah meninggal kira-kira tiga bulan lalu. Keluarganya redha dengan kematian itu dan tidak mahu bedah siasat dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.