Video: Harapan Anjur Demo Anti Koleptokrasi

PETALING JAYA – Pakatan Harapan bakal menganjurkan satu lagi demostrasi yang memfokuskan dalam penghapusan Koleptokrasi.

Menurut Pengerusi Mobilisasi HARAPAN, Mohamad Sabu, Perhimpunan yang Mengangkat tema ‘Sayangi Malaysia, Hapus Koleptokrasi’ bakal menyasarkan seramai lebih 100 ribu orang yang hadir.

“Setakat ini terbuka kepada sekalian rakyat tak kira atas apa parti kita rakyat yakin hadir,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, himpunan berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB.

Mat Sabu turut mendakwa bahawa Perhimpunan ini juga akan dilakukan secara santai.

“Himpunan dalam bentuk santai ini dan perhimpunan tersebut bakal berlangsung pada 14 hari bulan dan program yang kami rancangkan bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Umum DAP, Tony Pua berharap agar perhimpunan ini akan menghasilkan ‘Tsunami Rakyat’ dalam memperjuangkan isu ini.

“Kita berharap perhimpunan kali ini dapat menghasilkan Tsunami rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan kawasan.

Perhimpunan tersebut bakal dilaksanakan pada 14 Oktober nanti di  Padang Timur Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), bermula dari jam 4 petang hingga 12 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.