Terdesak Untuk Hidupkan Semula Anak, Ibu Bapa Jalani Ritual 17 Jam

Sepasang suami isteri yang terdesak untuk menghidupkan semula anaknya yang dipatuk ular, telah mengupah seorang dukun untuk melakukan ritual selama 17 jam.

Namun jika sudah ajal, memang tiada sesiapapun boleh menolak ketentuan Allah. Selepas Chotu dipatuk ular di Dholpur, India, keluarganya meminta bantuan seorang dukun yang menghabiskan masa selama 40 minit untuk mengubat kanak-kanak itu, tetapi dia telah meninggal dunia.

Mereka kemudiannya mengebumikan Chotu namun apabila rakan mereka memberitahu ada dukun lain yang boleh menghidupkan semula anak mereka, ibu bapa Chotu telah menggali semula mayatnya dan membawanya menemui dukun terbabit.

Dukun itu melakukan ritual dengan meletakkan badan kanak-kanak itu atas lumpur dan kemudiannya menutup badannya dengan daun pokok sebelum disapu dengan najis lembu.

Dukun itu turut menuangkan sejenis cecair ke dalam hidungnya dengan menggunakan tiub sambil badannya dipegang oleh penduduk di situ, dalam keadaan duduk.

Namun selepas 17 jam, ritual itu gagal lalu mereka mengebumikan semula kanak-kanak terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.