Taufan Irma : Lebih 100 Banduan Loloskan Diri

FLORIDA – Lebih 100 banduan mengambil kesempatan terhadap bencana alam dengan meloloskan diri selepas bangunan penjara di kepulauan British Virgin musnah akibat dipukul taufan Irma.

Lapor Sky News, kejadian itu melibatkan antara 100 dan 120 banduan, petik sebuah portal.

Bagaimanapun, setakat ini, angka sebenar banduan yang melarikan diri belum dapat disahkan.

Taufan Kategori Lima itu mula membadai utara Florida pada Ahad.

Agensi cuaca taufan meramalkan kelajuan taufan Irma akan lebih menurun dalam tempoh 24 jam.

Di sekitar Atlantik, taufan Jose membadai kawasan itu dengan kelajuan 249 kilometer sejam (kph).

Sementara itu di Teluk Mexico pula, taufan Katia pada Kategori 1 mula bergerak pada kelajuan 120 kph.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!