Syamel Antara 12 Peserta AF Megastar

SHAH ALAM: Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) iaitu Syamel, Idayu, Bob dan Adira muncul antara 12 peserta yang terpilih bersaing pada konsert AF Megastar.

Peserta lain adalah Indah, Marsha, Amir Jahari, Shahir, Ami, Sufie, Azhar dan Ewal.

Mereka terpilih daripada kumpulan 24 peserta yang bertanding di peringkat Konsert AF Megastar Homecoming, sejak minggu lalu.

Peserta yang gagal adalah Zahid, Faizal, Milla, Faizul, Firman, Rosma, Anding, Adam, Amylea, Nubhan, Aril dan Ara.

Senarai peserta akhir diumumkan pengacara, Datuk Aznil Nawawi pada Konsert AF Megastar Homecoming minggu kedua yang disiarkan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam di sini, malam ini.

Persembahan peserta dinilai juri tetap iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, penyanyi serta pensyarah muzik, Syafinaz Selamat serta juri jemputan minggu lalu, Ziana Zain.

Konsert AF Megastar disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) setiap Ahad, jam 9 malam.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.