Suami Tetak Kaki Isteri Hingga Putus Kerana Cemburu

Seorang lelaki yang cemburu dengan isterinya yang juga pembantu rumah seorang lelaki Australia di Bali, telah menetak kaki wanita itu hingga putus.

Mangsa, Putu Careen merupakan pembantu rumah kepada Rohan Lee dan telah berkhidmat dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian itu, suaminya, Kadek Adi Waisaka Putra telah menetak kaki isterinya itu dengan parang kerana cemburu dan menuduh Putu berselingkuh. Kejadian itu disaksikan oleh dua anak mereka.

“Kaki kiri mangsa putus dari pergelangan kaki manakala kaki kanan Putu pula nyaris putus dengan luka pada bahagian tulang kering,” kata polis.

Selepas menetak isterinya, Kadek dikatakan menyesal lalu membawa wanita itu ke hospital.

Sementara itu, majikan Putu, Rohan Lee telah meminta sumbangan ramai menerusi GoFundMe untuk membantu membiayai rawatan hospital mangsa.

“”Bukan sahaja ia salah satu tindakan keganasan yang paling kejam yang pernah saya saksikan, yang paling teruk ialah di Indonesia, kebajikan atau bantuan kerajaan untuk rawatan perubatan seperti ini adalah terhad,” kata Rohan.

Rohan berkata dia tidak mampu membayar rawatan perubatan, kaki palsu dan proses pemulihan untuk pekerjanya maka dia merayu melalui dalam talian untuk bantuan ramai.

Sumbangan dari GoFundMe kini sudah mencecah $50,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.