Statistik Hari Ini Oleh DOSM -Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 11 September 2017

Statistik Hari Ini oleh DOSM:

1. Jualan pembuatan Malaysia pada bulan Julai terus mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 22.2 peratus, meningkat kepada RM63.9 bilion berbanding RM52.3 bilion yang dilaporkan pada tahun lalu. Tahun ke tahun, kenaikan nilai jualan yang ketara pada Julai 2017 disebabkan oleh peningkatan dalam Produk Elektrik dan Elektronik (27.6%) Produk Minyak Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (24.0%) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Logam yang direka (10.2%).

2. Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) meningkat dengan ketara sebanyak 6.1 peratus pada Julai 2017 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini dipacu oleh pertumbuhan positif dalam semua sektor: Pembuatan (8.0%), Elektrik (7.9%) dan Perlombongan (0.2%).

Lebih dasyat lagi adalah jumlah pada bulan Julai menunjukkan bahawa pertumbuhan pembuatan menjadi semakin pesat dan tidak semakin perlahan (kecuali blip pada bulan Jun kerana cuti Raya) – walaupun Ringgit kita mengukuh dari Disember 2016 hingga Julai 2017.

Pertumbuhan tahun ke tahun pembuatan
Disember 10.6%
Januari 10.7%
Februari 15.7%
Mac 13.6%
April 15.6%
Mei 19.5%
Jun 11.5%
Julai 22.2%

Pada Disember 2016, sektor pembuatan menggajikan sejumlah 1,032,897 orang.

Hanya 7 bulan kemudian, jumlah pekerja itu telah meningkat sebanyak 21,696 orang kepada 1,054,593 orang.

Peningkatan besar dalam industri pengeluaran – terutamanya pengeluaran elektrik menunjukkan ekonomi domestik kita juga semakin mengukuhkan.

Tidak hairanlah bahawa kisah dongeng “bankrup” dan “negara gagal” dari Pakatan telah menjadi semakin berkurangan sejak tiga bulan yang lalu.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.