“Saya Suka Siksa Wanita,” – Pengakuan Pengganas Wanita Daesh

“Saya suka menyiksa wanita. Terutama apabila suami atau bapa mereka ada di situ,” itu pengakuan kejam seorang wanita, Hajar, 25, yang merupakan pengganas Daesh mengenai penyiksaan yang dilakukannya ke atas tahanan.

Dia juga menyifatkan pengganas wanita dari Britain merupakan yang paling kejam.

Menurut Hajar, pengganas wanita dari Britain akan mengetuai siksaan berkenaan dan dia sendiri suka menyiksa wanita di depan kaum keluarga mereka.

Mereka menggunakan sejenis alat yang memberikan kesakitan lebih teruk daripada sakit bersalin.

Hajar, 25, merupakan salah seorang daripada rekrut pertama yang menyertai brigade Al-Khansaa pada 2014. Kumpulan itu disamakan dengan kumpulan Gestapo pada zaman Hitler.

Bercakap kepada penulis Ahmad Ibrahim, Hajar berkata dia menyertai Daesh kerana kumpulan itu membenarkan wanita berjuang di medan perang.

“Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan keras. Saya suka menyiksa wanita Syria,” katanya.

Hajar juga mendedahkan dia pernah menyaksikan seorang anggota tentera Jordan disiksa dan dibunuh dengan kejam.

Askar berkenaan, Muath Al-Kasasbeh telah ditangkap selepas jet pejuangnya, F-16 terhempas di Raqqa pada 2014.

“Saya masih ingat bagaimana dia disiksa. Ia merupakan siksaan paling ganas yang pernah saya saksikan,” katanya.

Pada Januari 2015, Daesh telah mendedahkan video mengejutkan yang menunjukkan Muath telah dibakar hidup-hidup dalam kurungan.

3 thoughts on ““Saya Suka Siksa Wanita,” – Pengakuan Pengganas Wanita Daesh

  • November 20, 2018 at 12:51 pm
    Permalink

    Pengganas sadis tolol bangang?? Dilaknat disumpah manusia sedunia!! Buta tuli bengap tolol bodoh sebodoh2 nya kau lah?? Tnggu azab allah swt !!!

    Reply
  • November 20, 2018 at 12:52 pm
    Permalink

    Smga hancur musnah kau semua??

    Reply
  • November 20, 2018 at 12:54 pm
    Permalink

    Disumpah dilaknat tiap2 saat masa hari bulan…jahanamlah hendaknya …..tolol dan biul tongong??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.