PM Najib, Isteri Tiba Di Washington DC

WASHINGTON DC – Datuk Seri Najib Razak tiba di Amerika Syarikat (AS) pagi ini waktu tempatan untuk memulakan lawatan kerja tiga hari.

Perdana Menteri tiba di Pangkalan tentera Joint Base Andrews, di Maryland dekat sini jam 7.35 pagi (7.35 malam Isnin waktu Malaysia) diiringi oleh Datin Seri Rosmah Mansor, lapor BH.

Beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique dan isteri, Puan Sri Siti Nooriah Anna Razak.

Mereka kemudian terus ke penginapan di Trump International Hotel sebelum memulakan lawatan ini dengan majlis makan malam bersama pelajar dan rakyat Malaysia di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.