Menangis Kerana Orang Mati Isu Remeh? ADUN PKR Tanya Speaker Selangor

Speker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh menyifatkan tangisan ADUN PKR Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin berhubung isu kilang haram di Permatang Pauh ibarat kebudak-budakan dan remeh.

Memuatnaik kenyataan di Facebooknya, Hannah berkata, tidak bermakna Dr Norlela menangis sewaktu sidang DUN, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menurut hasratnya untuk menutup kilang haram di kampung Sg Lembu, Permatang Pauh.

“Kita tidak buat sedemikian (menurut kemahuan) ketika anak kita mengamuk dan kita tidak patut lakukan perkara sama didalam politik,” ujar Hannah.

Membidas kenyataan tersebut, Dr Norlela berkata Hannah tidak mengetahui perkara sebenar dan menggunakan ‘tangisannya’ di DUN Pulau Pinang untuk menunjukkan beliau beremosi secara berlebih-lebihan.

“Kenapa Hannah hendak menggunakan contoh saya menangis dalam sidang DUN untuk menunjukkan saya beremosi? Dia (Hannah) tidak tahu kebenaran serta cara menakut-nakutkan yang saya kena kerana dia tidak pernah tanya.

“Saya menangis sewaktu sidang DUN pada 2015 kerana usul supaya kerajaan negeri ambil tindakan yang lebih tegas terhadap kilang haram berkenaan yang menyebabkan seorang pemandu lori melecur dan meninggal dunia. Adakah itu dianggap remeh dan emosional?” soal Dr Norlela dipetik Mingguan Malaysia.

Ujar ADUN Penanti itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai juga mengesahkan bahawa penduduk kampung menghidapi kanser akibat terhidu gas akibat pembakaran di kilang haram berkenaan.

“Adakah isu kilang haram yang menyebabkan kematian dan aduan penduduk sehingga saya menangis dianggap perkara lucu dan kemudian saya dipersendakan sehingga dilabelkan sebagai beremosi?” soalnya lagi.

Bagi penganalisis politik Dr Norvandri Hasan Basri, sikap Hannah menunjukkan bahawa DAP sombong sehingga sanggup menghina rakan politiknya dari Pakatan Harapan.

“Kita tahu Hannah Yeoh cuba untuk melindungi boss cauvinisnya tetapi dalam masa yang sama, beliau telah memperbodohkan dirinya yang dianggap tidak faham tentang kronologi yang berlaku hingga menyebabkan rakan politiknya menangis teresak-esak meratapi kezaliman kerajaan DAP terhadap rakyat Penanti di parlimen yang disandang oleh Wan Azizah Wan Ismail PKR,” kata Dr Norvandri.

Jelasnya, Dr Norlela telah membawa lima usul di sidang DUN Pulau Pinang tetapi ditolak oleh Speaker.

“Seorang mati kerana mengalami kebakaran 93 peratus badannya setelah terjatuh ke dalam lubang pembakaran habuk kayu di kilang haram tersebut. Ramai penduduk berdekatan yang mengalami pelbagai penyakit disebabkan oleh kilang haram tersebut.

“Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, 11 dari 500 orang di kawasan Kampung Sungai Lembu, Penanti sudah pun disahkan menghidapi kanser. Penolong Ketua Kampung itu pula berkata bahawa 7 orang muda telah mati kerana kanser sejak dua tahun yang lepas.

“Kerajaan DAP begitu jelas melindungi aktiviti kilang haram ini apabila segala pendedahan dan rayuan rakan ADUN PKR mereka dibakulsampahkan begitu sahaja. Dan ADUN PKR ini menjadi target puak RBA dan DAP dengan pelbagai penghinaan dan ugutan sehingga ADUN PKR itu bernekad untuk tidak bertanding lagi pada PRU14 nanti,” tegas Dr Norvandri lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!