Mahathir Ulangi Semula Tuduhan Terhadap 1MDB – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See

1. Mahathir hanya mengulangi semula pelbagai tuduhannya terhadap 1MDB – semuanya yang mana telah didedahkan dan terbukti berbohong selama dua tahun sekarang.

2. Beliau mendakwa bahawa Kerajaan terlebih bayar untuk aset tenaga IPP tetapi ini telah terbukti salah kerana IPP ini dijual kembali pada harga yang lebih kurang sama dengan harga yang dibeli 1MDB.

3. Hasilnya, hutang 1MDB telah dikurangkan kepada RM27 bilion sekarang. Ia bukan lagi RM42 bilion atau RM55 bilion manakala semua hutang jangka pendek dan pinjaman bank telah dijelaskan.

4. Hutang tertunggak semasa terdiri daripada bon 30 tahun sebanyak RM5 bilion yang perlu dijelaskan hanya pada tahun 2039, bon berniali AS$3 bilion yang yang perlu dijelaskan hanya pada tahun 2023 dan bon AS$3.5 bilion yang perlu dibayar hanya pada tahun 2022.

5. Terdapat juga bon RM2.4 bilion Bandar Malaysia yang perlu dijelaskan antara 2021 dan 2024 tetapi ini terikat dengan penjualan hak pembangunan tanah Bandar Malaysia.

6. Kerajaan telah menerima 9 bidaan daripada 500 syarikat Global Fortune, yang mana bidaan tertinggi ialah pada AS$7.5 bilion hingga AS$10.5 bilion (RM44 bilion). Kerajaan akan membuat keputusan tidak lama lagi.

7. Mahathir mendakwa bahawa IPP sebenarnya tidak pun perlu dibeli kerana beberapa perjanjian akan tamat tidak lama lagi.

Sebenarnya pembelian itu adalah satu pakej yang merangkumi 13 Stesen Jana Kuasa yang berlainan dan hanya 2 sahaja yang hampir tamat tetapi telah pun diperbaharui pada masa pembelian.

8. Sebagai hasil usaha 1MDB menceburi industri tenaga, semua perjanjian berat sebelah IPP yang telah menyebabkan kita menanggung berbilion-bilion kerugian setiap tahun yang ditandatangani oleh Mahathir telah diselesaikan.

9. Inilah sebabnya mengapa sejak 2012, tiada pemimpin pembangkang yang bercakap mengenai perjanjian berat sebelah IPP lagi. Langkah oleh 1MDB ini telah menjimatkan Malaysia sekurang-kurangnya RM200 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.

10. Di samping penjimatan sebanyak RM200 bilion daripada menghapuskan perjanjian berat sebelah IPP ini, Mahathir juga tidak pernah menyebut bahawa 1MDB telah membayar penuh untuk pembinaan dan penaikkan taraf 8 pangkalan tentera yang sangat diperlukan itu – termasuklah pangkalan tentera udara gergasi Sendayan seluas 750 hektar di Seremban.

11. Menyembunyikan maklumat kritikal dan penting seperti ini menunjukkan betapa berniat jahat dan menipunya Mahathir dan pembangkang – dan ini bahkan tidak merangkumi puluhan ribu biasiswa pelajar dan jemaah haji yang juga dibayar 1MDB.

12. Dan sebab mengapa 1MDB didakwa sedang disiasat di 7 negara adalah kerana Mahathir sendiri yang menghantar orang suruhannya Khairuddin dan Matthias Chang ke semua negara ini untuk membuat laporan dan menyediakan maklumat yang telah dipilih.

13. Walaupun selepas dua tahun, Perdana Menteri mahupun 1MDB sendiri tidak dinamakan sebagai suspek dalam mana-mana kes di mana-mana 7 negara ini.

14. Walaupun Mahathir mengatakan bahawa Najib akan ditangkap jika beliau pergi ke luar negara – terutamanya di Amerika Syarikat, Najib akan melawat White House atas jemputan Presiden Amerika Syarikat.

15. Kerajaan juga tidak kerugian wang apabila menjual tanah TRX dan tanah Bandar Malaysia kepada 1MDB. 1MDB kekal 100% milik Kerajaan jadi bagaimana boleh ada kerugian?

16. Mengenai dakwaan bahawa tanah TRX berharga RM7,000 per kaki persegi pada masa jualan kepada 1MDB, ini adalah sangat tidak betul.

Tanah bernilai RM7,000 per kaki persegi yang dikatakan oleh Mahathir adalah untuk sebidang tanah yang sangat kecil iaitu 20,000 kaki yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Pavilion KL yang dibeli oleh Pavilion untuk tujuan pengembangan.

Ia adalah plot tanah yang kecil di lokasi yang telah dibangunkan sepenuhnya dengan infrastruktur yang sedia ada. Hanya Pavilion sahaja yang akan membayar dengan begitu banyak untuk tanah itu. Sejak itu, tiada lagi tanah lain di Malaysia mencapai RM7,000 per kaki persegi.

Sekiranya Mahathir benar-benar percaya tanah itu bernilai RM7,000 per kaki persegi, maka TRX dengan berbesar hati untuk menjual semua tanah itu kepada Mahathir dengan harga diskaun pada RM5,000 per kaki persegi.

17. Mahathir tidak boleh membandingkan tanah kecil itu ke tanah di Imbi ketika 1MDB membelinya.

1MDB terpaksa membelanjakan RM3 bilion untuk memindahkan kawasan setinggan dan banyak restoran, pasar, perumahan awam dan rumah kedai yang telah tersedia serta menyediakan rancangan pembangunan dan membina terowong dan infrastruktur untuk tanah TRX itu.

18. Sekiranya ini tidak dilakukan, tiada siapa yang akan membayar RM7,000 per kaki persegi atau malah RM700 per kaki persegi untuk tanah ini kerana ia merupakan suatu usaha yang sangat mahal yang hanya kerajaan (melalui 1MDB) mempunyai keinginan politik untuk melaksanakannya.

19. Mahathir juga mendakwa bahawa tanah di Pulau Pinang juga adalah terlalu mahal pada harga RM135 juta per kaki persegi. Jika hari ini, seseorang menawarkan untuk menjual tanah anda di Pulau Pinang pada hanya RM135 per kaki persegi maka anda akan menjualnya.

Malah banglo terkenal Ketua Menteri Pulau Pinang yang berharga 60% di bawah harga pasaran berharga RM270 per kaki persegi.

20. Benar, tanah Pulau Pinang mempunyai masalah dalam menyelesaikan penduduk setinggan – sama seperti tanah TRX pada mulanya. Tetapi nilai apa yang boleh dilakukan oleh 1MDB adalah untuk menyelesaikan masalah ini dan meningkatkan nilai tanah Pulau Pinang – sama seperti yang dilakukan oleh 1MDB dengan TRX.

21. Mahathir juga berbohong dengan mengatakan bahawa pembangunan di TRX lambat. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi ke tapak projek itu hari ini dan anda akan melihat bangunan dengan 106 tingkat itu yang sudah siap 70% dan akan menjadi lebih tinggi daripada KLCC Mahathir apabila ia dibuka tahun depan.

22. Selain daripada Menara Signature dengan 106 tingkat itu, HSBC dan Prudential telah menjadikan TRX sebagai ibu pejabat serantau. Affin Bank, Lend Lease Australia dan Tabung Haji juga mempunyai plot di sana.

Terdapat juga projek yang akan datang oleh salah satu bank terkemuka China untuk meletakkan ibu pejabat serantaunya di sana.

23. Tiada satu pun dana yang dikatakan telah hilang oleh Mahathir telah datang langsung dari 1MDB tetapi didakwa dialihkan dari entiti pihak ke-3 yang berurusan dengan 1MDB. Kesemua entiti ini dimiliki atau dikaitkan dengan pegawai kanan IPIC/Aabar.

24. Itulah sebabnya pada April 2017, 1MDB menandatangani perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapatkan semula dana ini. Akibatnya, 1MDB telah dapat mengewangkan unit dana AS$2.5 bilion yang telah dituduh Mahathir sebagai tidak berharga.

25. Hasil dari pengewangan unit menyebabkan 1MDB dapat menggunakan wang itu untuk membayar AS$620 juta kepada IPIC pada Ogos 2017 sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaiannya. Perjanjian itu juga akan menyelesaikan bon bernilai AS$3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.

26. Dengan resolusi perjanjian penyelesaiannya, pembangunan TRX yang sedang dibina serta penganugerahan terakhir hak pembangunan Bandar Malaysia untuk kira-kira RM30 bilion hingga RM40 bilion, 1MDB boleh lebih daripada mampu untuk membayar balik baki bon RM27 bilion dan masih menjana keuntungan besar.

28. Ini tidak seperti kerugian RM32 bilion dalam Skandal Forex BNM yang tidak mempunyai harapan langsung untuk didapatkan semula.

Tidak seperti 1MDB yang telah membina 8 pangkalan tentera, meninggalkan legasi di TRX dan Bandar Malaysia, telah menyelesaikan perjanjian IPP yang lama tertangguh yang berat sebelah untuk menjimatkan kita RM200 bilion.

Membiayai puluhan ribu biasiswa dan jemaah Haji dan berkemungkinan menjana keuntungan bagi Malaysia, skandal BNM bernilai RM32 bilion Mahathir langsung tidak memberi manfaat kepada mana-mana rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.