Lesen Memandu Dibayar Hanya Sekali Seumur Hidup

SHAH ALAM – Pelayar https://bajet2018.najibrazak.com bagi kategori pengangkutan dan infrastruktur mencadangkan supaya lesen memandu Malaysia hanya perlu dibayar sekali seumur hidup tanpa perlu diperbaharui bagi setiap kali tamat tempoh.

Cadangan tersebut dipersetujui sebanyak 378 daripada pelayar lain berbanding cadangan-cadangan lain.

Antara idea yang dipersetujui adalah pembaharuan lesen motosikal dan kereta.

Mohammad Azrul Azanin dalam cadangannya, berharap kerajaan dapat mengurangkan harga cukai jalan untuk kereta tempatan bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Bagi kereta berusia 10 tahun pula, cukai jalan perlu dikurangkan kepada RM20 setahun,” katanya.

Ada juga cadangan supaya kerajaan dapat mencari penyelesaian bagi ketirisan subsidi pengangkutan awam.

Wujud pendapat mengatakan pendatang asing tidak patut membayar harga tambang yang sama dan subsidi kepada rakyat boleh diberikan secara terus melalui kad pengenalan Malaysia.

Langkah tersebut dapat membantu kerajaan menaik taraf infrastruktur lain. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.