Kereta Bertembung Dua Maut Dua Cedera

PEMANDU kereta dan ibunya maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 165 Jalan Johor Bahru-Seremban di Labis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, kejadian tengah hari tadi mengakibatkan pemandu kereta, Hamzah Selamat, 40, dan ibunya, Mokminah Kasdini, 73, meninggal dunia manakala isteri dan anak perempuan mangsa berusia empat tahun tahun cedera.

“Siasatan mendapati kemalangan membabitkan lori dari arah Labis ke Segamat bertembung kenderaan dipandu mangsa dengan keluarganya.

“Pemandu kereta dan ibunya yang juga penumpang di bahagian belakang tersepit akibat pelanggaran itu dan terpaksa dikeluarkan bomba,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu sumber bomba berkata, tujuh anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Labis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Katanya, operasi ditamatkan pada 1.11 tengah hari dan pegawai operasi masih menunggu maklumat mangsa daripada pegawai penyiasat Balai Polis Tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.