Keajaiban Bayi Pramatang Hidup, Pegang Tangan Ibu

Seorang wanita benar-benar mengalami satu keajaiban dalam hidupnya.

Bermula pemberitahuan bahawa hanya ada sedikit harapan untuk jangka hayat kehidupan anak kembar perempuannya.

Ini kerana dia telah melahirkan bayinya empat bulan lebih awal.

Wanita yang bernama Maria, 38, dari Glenmore, Co Kilkenny, ini telah melahirkan anak pertamannya, Amy pada usia 26 minggu.

Amy telahpun selamat dilahirkan dan Katie lahir 87 hari kemudian, ini merupakan jangka terpanjang yang pernah tercatat antara kelahiran si kembar.

Maria mengatakan, “Mereka berdua berjuang gigih untuk hidup dan berada di sini hari ini, mereka benar-benar keajaiban kami.

“Doktor mengatakan kepada saya bahawa hanya ada sedikit harapan untuk (anak) hidup.

“Saya sangat sedih tapi saya menolak untuk menyerah, saya selalu berdoa dan meminta keajaiban,”katanya.

Tambah Maria, Doktor mengatakan mereka belum pernah melihat perkara seperti ini berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.