Juara Bina Badan Wanita Terbakar `Hidup-hidup’ Dalam Kereta

Juara bina badan wanita maut selepas terbakar `hidup-hidup’ apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori ketika dia dalam perjalanan untuk menyertai satu pertandingan di utara Argentina.

Alejandra Rubio ketika itu bersama-sama dengan empat pesaingnya dan kesemua mereka meninggal dunia dalam kebakaran itu.

Dia merupakan juara dunia bagi kategori wanita untuk tiga tahun berturut-turut.

Manakala pemandu lori dan kelindannya pula mengalami luka kebakaran yang serius dan mereka telah dibawa ke hospital berdekatan.

Rubio merupakan presiden persatuan bina badan dan kecegasan di Argentina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.