Hukuman Lakukan ‘Kerja Berat’ Bagi Si Pembuli

REMAJA China di Beijing yang melakukan kesalahan membuli akan dihukum melakukan ‘kerja berat’ sebagai proses pemulihan.

Pelajar yang ditahan kerana membuli di sekolah akan dihukum melakukan kerja kemasyarakatan antara 10 bulan hingga setahun dan setakat ini, 14 pelajar sedang menjalani hukuman itu.

Pelajar terbabit, semuanya perempuan berusia antara 15 hingga 17 tahun, memulakan hukuman berkenaan mulai 4 September lalu.

Selepas selesai menjalani hukuman itu, pihak sekolah akan memutuskan sama ada akan menerima mereka kembali atau membuang.

Menurut laporan The Mirror, Pengarah Mahkamah Jenayah Tongzhou, Wei Dan, berkata hukuman asal yang dicadangkan ialah latihan ketenteraan.

Menurutnya, peluang pelajar terbabit untuk kembali ke sekolah bergantung kepada hasil ketika mereka menjalani hukuman itu.

Beliau berkata, pihaknya dalam proses menambah baik hukuman dan akan memasukkan latihan ketenteraan, kaunseling dan bekerja di rumah kebajikan, termasuk rumah orang tua.

“Ia bertujuan memperbaiki disiplin pelajar terbabit dan membantu mereka menilai kelakuan masing-masing serta meningkatkan kesedaran mengenai undang-undang.

“Bekerja di rumah kebajikan akan membantu mereka ‘bergaul dengan masyarakat’,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.