Boy Iman Didakwa Melakukan Penipuan Penjualan Rumah Bawah Harga Pasaran?

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan Datuk Boy Iman didakwa melakukan penipuan penjualan rumah melalui syarikat DBI Homes dengan menawarkan kediaman yang jauh lebih rendah di bawah harga pasaran.

Dakwaan berkenaan dibuat menerusi laman Facebook PW Community yang menaik status mengenai cubaan DBI mengutip dana dengan menggunakan `kaedah’ menjual rumah yang mempunyai harga semasa RM200,000 pada harga RM50,000 sahaja.

PW Community mendakwa adalah mustahil untuk membina rumah seperti yang dijanjikan dengan nilai kurang daripada RM50,000 dan jika ia berlaku maka ini bermakna DBI sedia menanggung kerugian, lapor Utusan Online.

“Kewujudan DBI bukan untuk menanggung kerugian tetapi peroleh keuntungan sebanyak mungkin, semestinya ada helah.

“DBI bukan yang pertama menawarkan rumah pada harga kos rendah, penipuan seumpama ini pernah dilakukan oleh satu individu yang lain,” kata laman Facebook tersebut.

Boy Iman dikatakan duta kepada syarikat milik individu berkenaan yang didakwa terpalit dengan pelbagai kontroversi penjualan rumah di bawah harga pasaran.

Status tersebut yang dimuat naik pada 6 September lalu mendapat lebih 11,000 likes dan lebih 12,000 perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.