Bendera Malaysia Dikibar Separuh Tiang Selama Dua Hari – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, bendera Malaysia akan dikibar separuh tiang di seluruh negara selama dua hari mulai Selasa.

Perdana Menteri berkata, ia susulan kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit, Kedah jam 2.30 petang tadi.

Sementara itu, jenazah Almarhum Sultan Kedah akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit untuk solat jenazah dan bagi maksud penghormatan terakhir bermula jam 11 pagi esok.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah akan diiring ke Makam Diraja Langgar melalui Lebuhraya Darulaman, Jalan Tun Razak, Jalan Langgar dan terus ke kawasan pemakaman.

Istiadat penghormatan terakhir bagi rakyat jelata ditetapkan jam 11 pagi, sebelum disusuli sesi khas untuk kenamaan dan delegasi asing bermula 12.30 tengah hari. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.