443,794 Calon Duduki UPSR Hari Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 443,794 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 bermula hari ini sehingga 18 September depan.

Menurut laman web Kementerian Pendidikan, daripada jumlah itu, seramai 433, 536 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 10,258 calon sekolah swasta, lapor BH.

Sebanyak 8,805 pusat peperiksaan dibuka membabitkan 51,363 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.