Saya 100 Peratus Bangga, Mereka Luar Biasa- KJ

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan bahawa insentif untuk atlet para sama dengan atlet biasa.

 

 

Beliau berkata, kejayaan dan pengorbanan atlet para harus dihargai seperti atlet lain, bukan 30 peratus dari atlet ‘biasa.

 

 

“Saya tidak tahu bagaimana untuk berasa hanya 30 peratus bangga dengan mereka. Saya 100 peratus bangga dengan wira dan wirawati para kita. Mereka luar biasa,” kata Khairy dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

 

 

Tambahnya, dia baru sahaja tahu bahawa atlet para menerima insentif lebih sikit dari atlet biasa setelah bertemu atlet lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli tiga tahun lepas selepas kemenangan di Kejohanan Olahraga Dunia di Lyon, Perancis.

 

 

“Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata.

 

 

“Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet ‘luar biasa’,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 

 

Beliau yang membawa isu ini ke Lembaga Majlis Sukan berkata, buat masa ini dua atlet Paralimpik negara mencipta sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio, Brazil.

 

 

Lebih membanggakan, katanya, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia.

 

 

Terdahulu, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy) manakala Muhammad Ziyad  pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.

 

 

Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.