Penculikan Pulau Pom Pom Dipercayai Oleh Kumpulan ‘Kidnap for Ransom’

Penculikan tiga kru kapal nelayan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah malam tadi dipercayai didalangi kumpulan ‘kidnap for ransom’ (KFR) atau ‘penculikan untuk tebusan’, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

Timbalan perdana menteri berkata kumpulan itu dipercayai bergerak di kawasan Filipina khususnya di kepulauan berhampiran dengan Malaysia.

 
“Walaupun kita melakukan pemantauan sebagai kaedah ‘surveillance’, tetapi mereka telah bergerak di bawah radar.

 
“Dalam perkara ini saya telah hubungi pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) supaya lebih meliputi seluruh kawasan 1,700km panjang di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) untuk dipantau sepenuhnya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes penculikan itu pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kelapan Parti Makkal Sakti Malaysia, di sini hari ini.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.