Lembu Korban Tak Laris Macam Dulu

Biasanya setiap tahun kira-kira 250 hingga 300 ekor lembu sudah dalam tangan terutama Hari Raya Korban tetapi tahun ini bilangan yang dijual separuh sahaja daripada jumlah biasa.

 

Itu luahan pemilik ternakan lembu daging, Mohamad Sharif Ghulam Nabi kerana ramai pelanggan memberi alasan masalah ekonomi dan kewangan menjadi halangan kepada mereka sekarang.

 

 

“Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini permintaan semakin berkurangan setiap tahun. Tahun ini (2016) merupakan tahun yang paling ketara permintaan berkurangan berikutan masalah ekonomi dan harga meningkat,” ujarnya kepada Malaysia Gazette di sini hari ini.

 

Menurut Mohamad Sharif, trend itu dirasai oleh semua penternak termasuk kepadanya yang sudah berpengalaman meneruskan perniagaan keluarga sejak 30 tahun lalu dan mempunyai ladang di pinggir ibu kota.

 

Beliau juga biasa dengan permintaan terutama bagi majlis akikah dan hari raya korban setiap tahun.

 

“Minat bermula dari mengikut bapa pergi uruskan lembu-lembu di ladang dan terus serius dalam bidang perniagaan dan ia perniagaan keluarga,” ujarnya.

 

Jenis lembu pedaging yang dibekalkan pihaknya ialah Lembu Lembu Baka Brahman, Lembu Baka Kedah-Kelantan, Lembu Baka Local Indian Dairy dan Lembu Baka Friesian Sahiwal.

 

Anggaran harga mengikut saiz dan cukup syarat untuk dikorbankan atau akikah dan harga bermula dari RM3,600 hingga RM4,000.

 

Sesiapa berminat boleh menghubunginya di talian 013-337 3580.-MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.