Mayat Bayi Dalam Plastik Digantung Di Pagar Masjid

KUANTAN – Mayat seorang bayi perempuan ditemui tergantung dalam bungkusan plastik di pagar belakang Masjid Jerantut Feri awal pagi Jumaat.

 

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azid Ismail berkata, pihak polis menerima maklumat berkenaan perkara itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

 

“Orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak plastik tersebut,” katanya ketika dihubungi.

 

Beliau berkata, bayi itu cukup sifat tetapi terdapat kesan lebam di tangan, punggung serta pahanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.