Langkawi Jadi Pulau Rendah Karbon Pertama Negara – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Pulau Langkawi akan dijadikan pulau karbon rendah yang pertama di negara ini.

 

Perdana Menteri berkata, satu kajian kebolehlaksanaan pulau karbon rendah Langkawi 2030 sedang dijalankan dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dijadikan tanda aras perbandingan.

 

“Jika Langkawi boleh menjadi contoh untuk penggunaan tenaga diperbaharui, pengangkutan elektrik, pengurusan sisa dan bangunan hijau, ia akan memberi kesan berganda kepada industri tempatan selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan meningkatkan hasil pulau menerusi pelancongan hijau,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada perasmian Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau dan Eko di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.