Dr Akmal layak ganti Zahid jadi Presiden Umno – Shahidan

- Advertisement -

HULU KELANG – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menggantikan posisi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno.

Kata Bekas Menteri Besar Perlis itu, beliau mahu Umno diselamatkan selepas Zahid berundur.

Shahidan menggesa pengundi-pengundi menolak Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok sebagai desakan kepada Zahid untuk berundur apabila kalah banyak kerusi ditandingi.

“Ketua Pemuda Umno (Dr Akmal) ni layak jadi Presiden Umno.

“Kalau dia jadi Presiden Umno sekarang, selamat Umno,” katanya dalam ceramah Grand Finale PN di Taman Melawati, malam tadi.

Shahidan mengakui orang Umno tidak salah, ia hanya tempang kerana kepimpinan.

“Orang Umno tak salah, ajar Presiden Umno pangkah PN.

“Tolak Umno, apabila Presiden tengok (kalah) dia panik dia pun berenti barulah Ketua Pemuda Umno ambil alih.

“Umno tak boleh buat apa, mereka tanding sikit kerusi, tolak Umno untuk selamatkan orang Umno, supaya Presiden berhenti,” gesa beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat