Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidiladha 22 Ogos

KUALA LUMPUR – Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 22 Ogos ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 22 Ogos 2018,” demikian menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.