1MDB Umum Pembayaran AS$360 Juta Kepada IPIC

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengumumkan ia sudah membayar AS$360 juta kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu menjelaskan bayaran itu berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri​​​​​​​ Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

“Baki daripada tanggungjawab pembayaran asal bertarikh 31 Julai, 2017 kepada​​​​​​​ IPIC kini adalah mengikut tarikh akhir pada 31 Ogos, 2017,” katanya.

Syarikat itu memaklumkan bahawa semua bayaran kepada IPIC adalah daripada hasil program rasionalisasi yang sedang dilakukan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.