Trump Berbahaya Kepada Dunia Kata Menteri Luar Jerman

BERLIN – Beberapa siri kenyataan kontroversi oleh calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trump menunjukkan masyarakat dunia perlu merasa bimbang jika beliau dilantik sebagai Presiden AS.

 
Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier yang tidak seperti Canselor Jerman, Angela Merkel yang tidak mahu mengulas tentang pilihan raya AS percaya, agak penting untuk memberi perhatian terhadap bahaya yang dibuat oleh Trump.

 
“Beliau (Steinmeier) memang tidak neutral dalam soalan ini kerana beliau percaya, jika anda mengikut apa yang dikatakan Trump, maka anda perlu lebih risau tentang apa yang bakal terjadi kepada dunia ini jika beliau menjadi Presiden.

 
Kebimbangan Steinmeier disampaikan jurucakapnya, Sawsan Chebli. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.