Sanjeevan Ditahan Peras Ugut Pengendali Pusat Permainan

PETALING JAYA – Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (Mywatch), Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan kerana didakwa melakukan peras ugut.

 

Penolong Pengarah Jabatan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan oleh polis Kajang pada Khamis.

 

Menurut Roslee, Sanjeevan akan didakwa di Temerloh pada Jumaat kerana didakwa memeras ugut pengendali sebuah pusat permainan.

 

Tambahnya, 20 kertas siasatan telah dibuka terhadap Sanjeevan.

 

Sanjeevan pada Khamis menerusi Twitternya memaklumkan bahawa ditahan kerana laporan yang dibuat di Pahang pada 2013. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.