Wak Doyok Diganggu Langsuir

Jejaka yang popular namanya kerana imej berjambang, Wak Doyok, mendedahkan pengalaman menjalani penggambaran program Ke Indonesia Ke Kita? selama 40 hari telah meninggalkan kesan paling mendalam apabila dia mengalami dua perkara getir sewaktu tempoh penggambaran tersebut.

 

Memetik laporan Kosmo!, Wak Doyok memberitahu, di negara berkenaan dia mengalami keracunan makanan selama tiga hari, berpunca daripada sumber air tidak bersih. Lebih dramatik,Wak Doyok turut berdepan pengalaman diganggu makhluk halus.

 

“Barangkali makanan di sana tidak sesuai dengan perut saya. Mungkin saya tersalah makan dan menjadikan perut saya memulas.

 

“Malah ketika di Bali, saya dan beberapa orang kru produksi diganggu makhluk halus. Saya terdengar hilaian langsuir, malah terlihat kelibat lembaga hitam di dalam bilik,” ceritanya yang menyifatkan perkara sebegitu bukanlah alasan pematah semangat sepanjang penggambaran.

 

Ke Indonesia Ke Kita? menyaksikan Wak Doyok bersama vokalis kumpulan Oh Chentaku, Myo, menerokai Indonesia yang sudah memasuki episod ketiga, setiap Selasa, pukul 9 malam di TV9.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.