Video: Tidak Ada Koordinasi Media Dalam BN – Rahman Dahlan

Kuala Lumpur – Barisan Nasional (BN) mempunyai pelbagai inisiatif di dalam media sosial tetapi tidak mempunyai koordinasi yang baik di antara mereka kata Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Rahman Dahlan.

 

Kata Rahman, beliau akan berbincang dengan Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengkordinasikan semula semua inisiatif tersebut secara bersepadu supaya semua bergerak dalam satu arah yang sama.

 

 

“Kita perlukan fakta dan kepantasan untuk respon. Bila kerajaan respon kena ada fakta. Sebab itu perlu ada koordinasi,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Kayuhan Hari Malaysia di PWTC di sini.

 

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan supaya diadakan satu portal ‘factcheck’ sebagai pusat sehenti bagi mengumpulkan segala data dan penyebaran maklumat tersebut.

 

“Factcheck ini dapat kita lakukan, dan kita dapat muat naik secepat mungkin, kalau bukan jawapan, tapi ulasan.

 

“Sekarang ini kalau nak cari jawapan kepada isu, kita tercari-cari, tunggu jawapan dari kementerian tapi factcheck kaedah yang lebih elok di mana pusat sehenti kutipan data yang datang dari kerajaan untuk tangkis tohmahan dalam media sosial.

 

“Ini bukan perkara baru. Di luar negara mereka gunakan sebagai cara untuk memastikan kenyataan pemimpin dan pihak-pihak tertentu benar atau tidak,” katanya.

 

Mengulas mengenai Program Kayuhan Hari Malaysia 2015, Rahman berkata ianya merupakan salah satu idea kreatif dalam usaha menolak budaya fitnah.

 

“Kalau setakat progam seperti forum berbincang untuk kita melihat fitnah ditangani itu kaedah baik, tetapi kena cari jalan lain. Isu ini perlu diketengahkan dengan dengan mengambil pendekatan kreatif,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.