Uqasha Enggan Jawab Gosip Intim Dengan Iqram Dinzly

Selepas dikatakan sudah putus hubungan dengan kekasihnya, pelakom Syafiq Kyle dan kini kembali menjalani kehidupan solo sejak beberapa bulan lalu, terbaharu, pelakon Uqasha Senrose didakwa pula sedang membina hubungan cinta dengan pelakon Iqram Dinzly.

 

Spekulasi timbul ekoran beberapa keping gambar mesra yang dikongsikan pasangan tersebu di laman sosial Instagram.

 

Foto-foto berkenaan sekaligus engundang reaksi positif apabila peminat mengharapkan Iqram Dinzly dan juga Uqasha Senrose agar cepat-cepat kahwin.

 

Bagaimanapun menerusi laporan Berita Harian, Uqasha engan mengulas lanjut perkara berkenaan dan menyatakan perkara tersebut adalah lebih baik ditanyakan kepada Iqram sendiri.

 

Uqasha sebelum ini juga pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Pekin Ibrahim.

 

Tak kurang, kisah mereka pernah mencetuskan beberapa kontroversi sebelum akhirnya berpisah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.