Sarawak Tetap Bersama Malaysia – Adenan Satem

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sekali lagi menegaskan yang Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia.

 

Katanya tidak ada keperluan untuk Sarawak keluar dari Malaysia kerana segala kemakmuran, kemajuan, kesejahteraan dan pembangunan yang dicapai ketika ini adalah hasil bersama Malaysia.

 

Beliau menyifatkan Malaysia sebagai sebuah payung besar yang sentiasa memberi perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan buat semua negeri, dahulu, kini dan selamanya.

 

“Tidak perlu Sarawak keluar dari Malaysia kerana Malaysia adalah payung yang besar yang sentiasa memberi pelindungan kepada kita. We come safety and security and prosperity in Malaysia. Malaysia before, Malaysia now, Malaysia forever,” katanya ketika berucap di Majlis Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Padang Merdeka di sini, pada Isnin.

 

Malah, beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang meminta Sarawak keluar dari Malaysia dan membentuk negara sendiri adalah tindakan yang tidak logik setelah pejuang pejuang kemerdekaan Sarawak melalui pelbagai rintangan untuk membentuk Malaysia suatu ketika dahulu.

 

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri Sarawak memerlukan sokongan padu rakyat Sarawak supaya dapat berunding dengan suatu suara yang kuat dengan Kerajaan Persekutuan.

 

“Tidak perlu keluar Malaysia…ini (pemisahan) adalah percakapan bodoh. Lebih kuasa kepada Sarawak…ya, tetapi tidak pemisahan,” tegasnya lagi. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.