Objek Plastik Dalam Dubur

Beijing – Seorang lelaki di Guangzhou menimbulkan tanda tanya apabila silinder plastik sepanjang 25 sentimeter ditemui dalam duburnya.

 

Lelaki itu dikenali sebagai Cai enggan menjelaskan bagaimana kejadian berlaku selepas menjalani pembedahan kompleks bagi mengeluarkan objek berkenaan.

 

Malah, kedudukan objek itu begitu jauh ke dalam badannya menyebabkan polis terpaksa mengeluarkannya dengan membedah menerusi abdomennya.

 

Objek berbentuk seperti lampu suluh itu dengan diameter dua sentimeter dikeluarkan selepas pembedahan selama dua jam.

 

Doktor yang merawatnya, Sun Feng berkata: “Dia dalam keadaan stabil dan akan dipantau untuk dua hari bagi memastikan tiada pendarahan usus.

 

“Sepanjang 10 tahun menjadi doktor ini kali kedua saya melihat kes seperti ini. Pengalaman sebelum ini membabitkan seorang chef yang mempunyai timun besar di dalam duburnya.”

 

Keluarga mangsa mendakwa objek itu dirodok dalam punggung Cai ketika pergaduhan di sebuah bar karaoke. Cai sendiri bagaimanapun masih memilih berdiam diri.  – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.