Marcelo Bielsa Kembali Ke Argentina

Buenos Aires – Jurulatih dari Argentina, Marcelo Bielsa kembali ke negara asalnya dua hari selepas peletakan jawatan mengejut dari kelab Ligue 1 Perancis, Marseille pada Isnin.

 

Bielsa, 60, yang dikaitkan dengan peranan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Mexico beberapa minggu kebelakangan ini, tiba di Lapangan Terbang Ezeiza, Buenos Aires sebelum menuju ke kampung halamannya di Rosario, 300 km dari ibu negara.

 

Bielsa, yang memikul tanggungjawab pengurus di Stade Velodrome sejak Mei 2014, mengumumkan peletakan jawatan dari kelab Perancis itu dengan serta-merta selepas tewas 0-1 dalam perlawanan pertama musim ini kepada Caen, Sabtu lalu.

 

Bielsa menegaskan beliau tidak meninggalkan Marseille dengan menandatangani kontrak lain tetapi menyatakan ada perbezaan pendapat dengan pihak pengurusan kelab.

 

Marseille melalui musim yang suram tahun lalu dengan berada di tempat keempat dalam liga, 14 mata di belakang juara PSG.

 

Bielsa, yang membimbing Chile menjadi 16 pasukan terbaik ketika Piala Dunia 2010 berkata dia perlu bersabar dengan kelab, dengan kecelaruan yang berlaku ketika musim perpindahan pemain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.