Lina Tan Bersyukur Dapat Peluang Kedua

Penerbit Eksekutif, Red Comunication Sdn Bhd, Lina Tan berjaya pulih daripada penyakit kanser payudara yang dihidapinya pada tahun 2013 hanya melalui rawatan kemoterapi.

 

Wanita berusia 49 tahun itu berkata, pengalaman melalui detik-detik bertarung dengan penyakit tersebut banyak memberi pengajaran kepadanya untuk menghargai kehidupan yang dilalui sekarang sebagai peluang kedua.

 

“Saya sudah sihat dan sembuh daripada penyakit kanser payudara yang saya hadapi dua tahun lalu. Saya bersyukur kerana kanser yang saya hadapi itu pada tahap dua.

 

“Pada tahap itu boleh dikatakan masih awal dan boleh diubati melalui cara rawatan kemoterapi sahaja tidak perlu jalani sebarang pembedahan,” ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

 

Lina juga kini menitikberatkan soal pemakanan yang membantunya mengatasi penyakit tersebut daripada terus merebak selain mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Selain sering menghindari kesesakan lalu lintas kerana tidak mahu berada dalam keadaan tertekan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.