Kastam Patahkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM3 Juta

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan percubaan menyeludup dadah jenis ketamine dan methamphetamine seberat 17.84 kilogram bernilai RM3 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 dan 8 Ogos lalu.

 

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, selain berjaya merampas dadah tersebut, Kastam turut menahan tiga warga asing yang merupakan suspek dalam usaha penyeludupan itu.

 

Beliau berkata, kesemua suspek terbabit kini direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.