Insiden Kacang Putih: Penuntut Kolej Tampil Mohon Maaf

Kuala Lumpur – Berikutan gambar peniaga kacang putih yang didakwa dikasari oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh, (MBI) menjadi viral sejak semalam, seorang pelajar kolej tampil mohon maaf.

 

Pelajar terbabit, Nuruddin Abdul Mujid, 22, menjelaskan bahawa peniaga terbabit bertindak menyelerakkan barangan niaganya selepas dipercayai kecewa dengan tindakan yang dikenakan terhadapnya oleh MBI.

 

“Saya memang nampak makcik itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajaannya, namun disebabkan saya berasa amat marah saya pun memuat naik status seolah-oleh pegawai penguatkuasa yang membuat semua perkara itu,” jelasnya, memetik laporan Astro Awani.

 

Nuruddin menjelaskan perkara itu pada sidang media yang diadakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.

 

Terdahulu, beberapa gambar wanita peniaga kacang putih terduduk dan barangan niaganya berselerak sambil dikelilingi penguatkuasa MBI sehingga menampakkan seolah-olah peniaga terbabit dikasari anggota penguatkuasa.

 

Berikutan daripada penyebaran gambar itu, MBI tampil memberi kenyataan dan menyatakan kemungkinan akan memberi peluang kedua kepada peniaga berkenaan untuk terus berniaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.